SEJARAH


                                                                Biodata Sekolah

Sk Bukit Gemuroh  adalah sebuah sekolah yang terletak di tepi jalan pelancongan , iaitu jalan menuju ke Air Terjun Sekayu. Dibuka pada Tahun 1947. Bermula dengan bangunan kayu beratap nipah ( Sekolah Rakyat ). Bilangan pelajar ketika itu ialah 47 orang dan gurunya seramai 3 orang.
Memandangkan pelajar sekolah ini bertambah ramai yang tediri daripada penduduk  3 buah kampung berdekatan, iaitu Kampung Bukit Gemuroh, Kampung Ipoh dan Kampung Kuala Menjing, maka dalam tahun 1950han , bangunan kayu separuh kekal telah dibina mengantikan bangunan sementara. 
( JKR 534 ).
Pada tahun 1972 berlaku tambahan bangunan separuh kekal 3 bilik darjah (JKR 314) dan juga pembinaan kantin ( Bangunan Kayu JKR 533 ). Setelah lebih kurang 12 tahun , pada Tahun 1984 Bangunan Kekal 2 tingkat telah dibina ( JKR /HT 172 ) yang mengandungi 4 bilik darjah ,Pejabat ,bilik guru dan Pusat Sumber.
Disebabkan berlaku perubahan sukatan yang memerlukan penggunaan bilik darjah khas , maka pada tahun 2000 telah dibina bangunan separuh kekal 2 bilik darjah dan juga Bangunan kelas Pra Sekolah. ( 2002 ).
Sejak bangunan kayu dibina, kini sudah lebih 20 tahun berlalu dan bangunan kayu tersebut telah usang dan masih boleh digunakan lagi sebagai Kelas Pemulihan Khas. Dengan pertambahan bilangan pelajar , kini sekolah telah memiliki bilik seperti berikut:-
1.1              6 Bilik Darjah
1.2              Ruang Pejabat, Bilik Guru Besar, GPK 1,HEM & KK
1.3              Bilik Guru
1.4              Perpustakaan dan Bilik Alat Pandang Dengar
1.5              Bilik Kemahiran Hidup
1.6              Bilik Pemulihan Khas
1.7              Makmal Sains
1.8              Makmal Komputer
1.9              Bilik Buku Teks
1.10          Bilik Stor Sukan
1.11          Tandas Pelajar 8 luang
1.12          Tandas Guru 6 lubang
1.13          Surau
1.14          Stor Sukan
1.15          Kantin
1.16          Pondok Pengawal Keselamatan
1.17          Bilik Mesyuarat Staf
1.18          Dewan Sekolah ( Keluasan 3 bilik darjah )
1.19          Kedai Koperasi
 
Nama Sekolah                               :        SEK. KEB. BUKIT GEMUROH
Alamat                                           :        Kampung Bukit Gemuroh
                                                               21700 Kuala Berang
                                                               Hulu Terengganu
Kod Sekolah                                 :        TBA 5011
Daerah                                          :        Hulu Terengganu
Status                                            :        Sekolah Kebangsaan ( Sekolah Kerajaan )
Gred Sekolah                                :        A
Bilangan Pelajar                             :        
Bilangan Guru                                :       
Bilangan Staf Sokongan                 :       
Pekerja Swasta                             :        
Pengawal Keselamatan                  :       
Sesi Persekolahan                         :        Pagi sahaja
Kawasan                                       :        Luar Bandar.


                                                   Gred Sekolah

Sekolah ini walau pun terletak di kawasan luar bandar tetapi masih dikategorikan dalam gred A kerana bilangan pelajar semasa pengredan sekolah mencapai kuota yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu lebih daripada 250 orang.
        
                                        
                                                     Jenis Sekolah

Berdasarkan nama sekolah, jelas menunjukkan bahawa sekolah ini telah dikategorikan sebagai sekolah kebangsaan. Sekolah ini hanya menjalankan  satu sesi pembelajaran iaitu pada sebelah pagi sahaja. 






1 comment:

  1. kalau ada gmbo bgunan yg lama2 ....lg bgus..nt kalu saya terjumpa insyalah upload....hidup skbg n guru2nya....

    ReplyDelete